'Rugi kalau terbiar begitu sahaja'
Iklan
Projek Monorel Putrajaya di Presint 3 mula dibina pada tahun 2000, namun terbengkalai sejak tahun 2004.
Orang ramai desak projek Monorel Putrajaya yang terbengkalai sejak tahun 2004 disambung semula
PUTRAJAYA - Orang ramai khususnya penduduk di Putrajaya mendesak kerajaan meneruskan projek Monorel Putrajaya di Presint 3 yang mula dibina pada tahun 2000 namun terbengkalai sejak 2004.
Tinjauan Sinar Harian pada Jumaat mendapati rata-rata mereka yang ditemui berharap supaya projek berkenaan diteruskan.