RM4j kepada syarikat berkepentingan
Iklan
Nik Azman menunjukkan buku Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya pada Khamis.
SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendedahkan terdapat penyaluran Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM4 juta kepada syarikat yang mempunyai kepentingan dengan ahli atau jawatankuasa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
LKAN Tahun 2021 Siri 2 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis itu menyatakan, DKD berkenaan disalurkan kepada enam syarikat yang mempunyai kepentingan antaranya milik ahli lembaga pengarah itu sendiri, isteri, anak, ahli keluarga serta pegawai khas.