Temui ajal selepas diselamatkan
Iklan
Zeynep diselamatkan selepas lebih 100 jam terperangkap di bawah sisa runtuhan kediamannya di pekan Kirikhan, wilayah Hatay.
KIRIKHAN - Sebahagian besar mangsa gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria dilaporkan meninggal dunia tidak lama selepas mereka diselamatkan.
Dalam kes terbaharu, wanita Turkiye, Zeynep Kahraman menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat lalu selepas dia dikeluarkan dari sisa runtuhan kediamannya yang ranap di pekan Kirikhan, wilayah Hatay.