Motosikal China kian berkualiti
CHINA telah menggantikan Amerika Syarikat untuk menjadi pasaran ekonomi terbesar di dunia pada ketika ini.
Laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan ekonomi China kini satu per enam lebih besar daripada Amerika Syarikat (AS) iaitu AS$24.2 trilion (RM106 trilion) berbanding AS$20.8 (RM91.1trilion).
Teknologi Negara Tembok Besar itu juga dikatakan antara yang terhebat di dunia ketika ini selain AS, Britain dan Eropah.
Terbaharu, China mengejutkan pengeluar motosikal terkenal Eropah dan Jepun apabila berjaya menghasilkan motosikal berkuasa tinggi jenis CFMoto 800NK yang baru sahaja dilancarkan awal tahun ini.
Chunfeng Moto Power Company Limited Ltd (CFMoto) ditubuhkan pada 1989 oleh Lai Guogui, seorang anak muda berusia 24 tahun ketika itu.