Mangsa gempa Syria terpinggir
Iklan
Ramai penduduk kembali semula ke kediaman masing-masing yang telah runtuh untuk mencari barangan berharga yang mungkin dapat diselamatkan.
AL-ATARIB - Keadaan di kawasan barat laut Syria yang didiami jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal akibat peperangan bagai dilanda garuda sejak dilanda gempa pada minggu lalu.
Penduduk di bandar al-Atarib mendakwa mereka seperti orang hilang arah kerana tiada bantuan dihantar kepada komuniti tersebut walaupun selepas beberapa hari bencana dahsyat itu berlaku dan meragut lebih 3,000 nyawa.