Kukuh perpaduan, kunci kekal PM10
Iklan
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap agar Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal Perdana Menteri terakhir sehingga tamat penggal pemerintahan Seri Paduka pada 30 Januari tahun hadapan. (Gambar kecil dari kiri: SIVAMURUGAN dan Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar)
TITAH Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri terakhir sehingga tamat penggal pemerintahan Seri Paduka pada 30 Januari tahun hadapan, tidak boleh dipandang ringan.
Ini kerana sepanjang tempoh empat tahun bergelar Yang di-Pertuan Agong ke-16 bermula 31 Januari 2019, Seri Paduka terpaksa menangani pelbagai kekusutan politik negara yang akhirnya menyaksikan baton Perdana Menteri bertukar tangan sebanyak empat kali.