Hasrat sinergi TLDM
Iklan
Proses pelan pembangunan kekuatan aset TLDM turut ambil kira antara lain strategi, ancaman, kemampuan modal insan dan industri, kos kewangan, birokrasi dan akauntabiliti. - Foto Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia
TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini mempunyai pucuk kepimpinan yang baharu apabila Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob dilantik sebagai Panglima Tentera Laut ke-18 pada 27 Januari lalu menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.
Penggantian ini mempunyai signifikannya tersendiri memandangkan mantan panglima TLDM sebelum ini dianggap banyak pihak sebagai amat lantang memperjuangkan isu aset usang sepanjang perkhidmatan beliau.