Pastikan isu-isu rakyat terus diberi perhatian
Iklan
Kar Hing (berdiri, kanan) menyantuni penduduk setempat setelah dipilih sebagai Ahli Parlimen Gopeng pada PRU15 lalu.
MENYAMBUNG legasi perkhidmatan ditinggalkan ahli Parlimen terdahulu selama tiga penggal bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, Tan Kar Hing menyahut cabaran meneruskan khidmat bakti Dr Lee Boon Chye sebagai Ahli Parlimen Gopeng bagi penggal pertama.
Bukan sahaja isu di kawasan, malah beliau turut mengikuti rapat perkembangan semasa negara untuk memastikan isu-isu rakyat terus diberikan perhatian oleh kerajaan. Ikuti wawancara eksklusif wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad bersama Kar Hing yang ditemui di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gopeng di Ipoh, baru-baru ini.