Terus perjuangkan langkah pembaharuan antirasuah
Iklan
Pendanaan politik adalah bahagian penting dalam penyelesaian isu rasuah kerana semua parti politik, sama ada dalam kerajaan atau pembangkang, akan tertakluk kepada langkah ketelusan, pendedahan dan penelitian yang serupa.
BEBERAPA siasatan baru-baru ini dan tuntutan untuk siasatan lain terhadap perbelanjaan kempen parti politik dan kekayaan ahli politik individu sekali lagi menyerlahkan kepentingan pembaharuan pendanaan politik.
Sudah tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan badan kehakiman mengambil tindakan tepat untuk mengenal pasti, mendakwa dan mengadili mereka yang terlibat dalam rasuah. Institusi-institusi ini juga dipuji kerana telah mencapai sedikit kemajuan - kerana ia masih berterusan berhubung kes 1MDB.