Agensi Malaysia boleh ambil tindakan dalam negara sahaja
Iklan
Media sebelum ini melaporkan mengenai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar. Gambar hiasan 123rf. (Gambar kecil: Khairil Azmin)
SHAH ALAM - Kerajaan boleh menimbangkan untuk mewujudkan undang-undang khas atau menggunakan undang-undang khas sedia ada di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mengelakkan lebih ramai rakyat terpedaya dengan helah sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.
Pakar Undang-undang dan Perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, peruntukan dalam undang-undang itu akan lebih memudahkan pihak berkuasa menjalankan proses penyiasatan dan penangkapan.