Tidak perlu kembalikan projek HSR
Iklan
Tiada keperluan untuk menghidupkan kembali projek HSR yang menghubungkan KL-Singapura. (Gambar kecil : Kamaruddin)
SHAH ALAM - Tiada keperluan untuk menghidupkan kembali Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur (KL)-Singapura memandangkan pengangkutan dalam negara dan antarabangsa sudah mencukupi.
Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berpandangan, kerajaan tidak perlu melabur semula kepada projek HSR sebaliknya memberi perhatian dan keutamaan dalam memajukan hab pengangkutan negara.