Detik cemas misi menyelamat rakyat Malaysia terbongkar
Iklan
Kenderaan pacuan empat roda berwarna putih yang menyedari keberadaan pasukan penyelamat Malaysia ketika melakukan tinjauan pada Isnin. Gambar kecil: Mangsa yang meminta bantuan Victor Wong sempat membuat panggilan video menunjukkan persekitaran di KK Garden yang dikawal ketat oleh beberapa individu bersenjata api pada petang Ahad.
SHAH ALAM - Kelibat dua lelaki berpakaian hitam merakam wartawan yang menyertai misi menyelamat lima rakyat Malaysia di Myawaddy, Myanmar merupakan detik yang paling mendebarkan.
Situasi itu berlaku apabila saya bersama dengan kumpulan yang menyertai misi tersebut diberikan kebenaran untuk memasuki kawasan pinggir bandar bagi melihat dengan lebih dekat penempatan mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang dikenali sebagai KK Garden.