Kaji dahulu sebelum letak SPRM di bawah Parlimen
Iklan
Satu kajian perlu dilakukan sebelum meletakkan SPRM di bawah Parlimen bagi memastikan tiada campur tangan daripada pihak-pihak berkepentingan. Gambar kecil: Mohd Sany
SHAH ALAM - Satu kajian perlu dilakukan seandainya mahu meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Parlimen.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, kajian tersebut boleh merujuk kepada mana-mana negara dunia yang telah menjadikan agensi-agensi penguatkuasaan berada di bawah bidang kuasa Parlimen.