PRN Selangor penentu 'survival' Anwar-Azmin-UMNO
Iklan
Muhyiddin (tengah) bersama Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (dua dari kiri) serta calon PN bagi Parlimen Sepang, Datuk Seri Rina Harun (dua dari kanan) pada Jelajah Prihatin 2022 P.113 Sepang di Dataran Sadiman, Bukit Changgang baru-baru ini.
Gambar kecil: Mazlan
TIDAK dinafikan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) di tiga negeri Pakatan Harapan (PH) iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang serta tiga negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) dan Pas iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu pada tahun ini adalah sangat mustahak.
Tempoh pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melewati 70 hari juga disifatkan belum benar-benar menonjolkan pembaharuan atau reformasi tata kelola kerajaan yang dilaung-laungkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selama ini.