Pengurangan elaun sukar urus bajet pembangunan
Iklan
Pengurangan elaun pembangunan ahli Parlimen dianggap bukan satu inisiatif yang baik kerana akan memberi kesan terutama kepada pembangunan kawasan luar bandar. - Gambar hiasan, gambar kecil dari kiri: Muhammad Azwan, Shamsuddin
SHAH ALAM - Pengurangan elaun pembangunan ahli Parlimen bukanlah satu keputusan yang signifikan kerana akan memberi kesan kepada pembangunan kawasan luar bandar.
Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Alam Bina, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dr Muhammad Azwan Sulaiman berkata, langkah kerajaan itu juga secara tidak langsung menyukarkan ahli Parlimen untuk menguruskan bajet pembangunan yang sangat terhad.