Gelombang hijau sukar disekat
Iklan
Ahli Pakatan Nasional (PN) menyanyikan lagu parti berkumandang pada Konvensyen PN 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). - Foto Bernama (Gambar kecil: Jeniri)
PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu memperlihatkan tercetusnya gelombang hijau yang menyaksikan Terengganu, Kelantan, Kedah dan sebahagian kawasan Parlimen negeri dikuasai oleh Perikatan Nasional (PN) ditunjangi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.
Malah, banyak pihak menjangkakan gelombang hijau itu akan berterusan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk enam negeri melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dikuasai Pas serta Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).