Gempa bumi: 'Lari keluar, kemudian naik semula lihat pesakit'
Iklan
Seorang kanak-kanak yang cedera akibat gempa bumi di Gempa di daerah Iskenderun di wilayah Hatay, Turkiye mendapatkan rawatan di hospital berhampiran. - EPA
KUALA LUMPUR -"Ramai mangsa yang datang ke hospital selepas dibawa keluar daripada timbunan bangunan dalam keadaan patah kaki, ada yang mengalami pendarahan otak dan ada juga yang sampai dalam keadaan tidak bernyawa."
Itu situasi yang diceritakan seorang doktor warga Malaysia, Dr Syazwan Abu Bakar yang bertugas di sebuah hospital di bandar Gaziantep, antara kawasan paling teruk terjejas akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang melanda selatan Turkiye awal pagi Isnin.