Gempa bumi Turkiye: Terburuk dalam tempoh 84 tahun
Iklan
Beberapa bangunan kediaman di Hatay ranap akibat gempa kuat 7.8 pada skala Richter melanda Turkiye pada Isnin lalu.
ANKARA - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, gempa bumi 7.8 pada skala Richter yang melanda negara itu pada Isnin lalu adalah yang terburuk dalam tempoh beberapa dekad.
Gempa bumi terkuat pernah melanda Turkiye ialah pada 1939 yang meragut sekurang-kurangnya 33,000 nyawa di wilayah Erzican.