Krisis Amerika Latin salah siapa?
Iklan
Orang Asli melancarkan protes terhadap Presiden Dina Bouarte di Lima yang menuntut kerajaan baharu bertanggungjawab terhadap kematian penunjuk perasaan. - Foto AFP
NEGARA Amerika Latin seperti Peru, Argentina, Cuba, Chile dan Bolivia tidak lekang dengan pergolakan politiknya, ditambah pula kemelesetan ekonomi sehingga terjadinya kemiskinan melampau menyebabkan rakyat di negara-negara tersebut semakin menderita.
Sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia, Chile paling banyak melakukan protes yang pada awalnya disebabkan kenaikan harga tambang pengangkutan awam di stesen kereta api Santiago dan kemudian merebak sehingga menjurus kepada pembaharuan perlembagaan, yang sehingga kini belum berkesudahan.