SPRM perlu bebas politik
Iklan
SPRM yang bebas daripada campur tangan politik akan dapat melaksanakan tugas membanteras rasuah di negara ini dengan lebih berkesan.
SHAH ALAM - Kerajaan digesa supaya segera melakukan reformasi ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk memisahkan agensi itu daripada Jabatan Perdana Menteri dan meletakkannya di bawah Parlimen agar ia bebas daripada pengaruh politik.
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) dalam satu kenyataan berkata, meningkatkan kebebasan SPRM akan merangsang keyakinan orang ramai terhadap badan berkenaan dan mengurangkan persepsi institusi itu digunakan untuk tujuan politik.