Gautam Adani hilang status tiga terkaya di dunia
Iklan
Pengaruh Modi dikatakan membantu untuk memperluaskan empayar perniagaan milik Adani.
NEW DELHI - Jenama seperti Louis Vuitton, Tesla dan Amazon milik bilionair dunia tidak lagi perlu diperkenalkan kepada umum.
Tetapi, kemunculan Adani Group, sebuah konglomerat terbesar di India pada tahun lalu yang mengawal pelabuhan, lombong arang batu, perniagaan makanan, lapangan terbang dan beberapa industri lain telah menyertai senarai yang mendapat pengiktirafan global.