Menu RM5 solusi bebas inflasi makanan
Iklan
Penyediaan Menu Rahmah adalah hidangan seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein iaitu ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan dengan harga berpatutan di Pasar Raya Besar Mydin Tunjong, Kota Bharu. - Foto Bernama
SANTAPAN ‘bajet’ diperkenalkan sebagai Menu Rahmah berharga RM5 hasil inisiatif kerajaan perpaduan bermula 31 Januari lalu telah membuka ruang solusi baharu dalam usaha menangani krisis inflasi makanan dan lonjakan harga barang yang kian menghantui seluruh rakyat di negara ini.
Akhbar harian Tamil, Malaysia Nanban melaporkan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini telah membongkarkan, harga sayur-sayuran di pasaran tempatan pada Januari lepas telah melonjak sebanyak 160 peratus.