Beri masa kerajaan pimpinan Anwar bukti kemampuan
Iklan
Anwar (tengah) pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra pada Khamis.
Turut sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Datuk Seri Fadillah Yusof. - Foto: Bernama
KUALA LUMPUR - Semua pihak perlu beri masa kepada kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan kemampuan dan melaksanakan apa yang dijanjikan mereka dalam manifesto Pilihan Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, adalah tidak adil jika semua pihak terus mengkritik pentadbiran Anwar kerana kerajaan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan masih baharu dan belum pun berusia 100 hari lagi.
Wawancara Sinar Harian bersama Ismail Sabri di pejabat beliau. Foto Sinar Harian/Rosli Talib