Ismail Sabri dakwa MKT UMNO laksana hukuman pilih kasih
Iklan
Kehadiran Ismail Sabri (dua kiri) ke program kempen pilihan raya KJ di Sungai Buloh baru-baru ini menarik perhatian rakyat.
KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bersikap pilih kasih apabila tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang menyokong Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sewaktu krisis kepimpinan negeri berkenaan pada bulan lalu.
Beliau berkata, ia menunjukkan seolah-olah wujud amalan pilih bulu dalam menentukan bentuk hukuman terhadap ahli UMNO yang melanggar disiplin parti.