Waspada penggodam Rusia, Iran
Iklan
Penggodam Iran dan Rusia bijak mengenal pasti ahli politik, wartawan, aktivis serta kumpulan pemikir yang cuba untuk mendapat atau mengumpul maklumat tentang Iran dan Rusia. - Gambar hiasan
SEJAK dahulu lagi penulis sangat mengagumi tokoh wartawan seperti Tan Sri A Samad Ismail (Pak Samad), Ishak Muhammad (Pak Sako) dan A Samad Said. Penulis membesar dengan membaca novel seperti Patah Sayap Terbang Jua, Salina dan Putera Gunung Tahan.
Apabila meneruskan pengajian di Amerika Syarikat (AS), penulis terpengaruh dengan sikap wartawan yang begitu berani menegur presiden. Keberanian wartawan ternama AS memberi pendapat meresap dengan hebatnya dalam jiwa penulis.