Beku akaun Bersatu strategi politik kekang PN?
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian berkenaan SPRM beku akaun Bersatu pada Rabu. - Gambar kecil dari kiri: Hisomuddin, Sivamurugan
BELUM sempat suhu politik negara reda susulan berita pemecatan dan penggantungan beberapa ahli parti UMNO baru-baru ini, tumpuan ramai kini terarah kepada tindakan pembekuan beberapa akaun milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada Rabu, Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan terdapat beberapa akaun milik parti yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dibekukan bagi tujuan membantu siasatan ke atas wang yang disyaki diperoleh daripada hasil haram.