Tiada keperluan ubah waktu persekolahan
Iklan
Waktu persekolahan sedia ada sudah mengambil kira pergerakan ibu bapa bekerja di sektor awam dan swasta.
Sistem sedia ada tidak timbulkan masalah kepada pelajar
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berpandangan tiada keperluan untuk mengubah waktu persekolahan di Semenanjung bermula jam 8 pagi.
Menurutnya, sesi sedia ada ketika ini dilihat bersesuaian dengan keperluan pelbagai pihak, di samping pelaksanaannya telah lama dilakukan.