Anjak 30 minit lebih baik
Iklan
KGMMB berpendapat sesi persekolahan bermula jam 8 pagi lebih menjamin keselamatan murid kerana ibu bapa mempunyai masa dan tidak perlu keluar terlalu awal. (Gambar kecil: Jasni Md Kechik)
KPM wajar pertimbang sesi persekolahan jam 8 pagi
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajar mempertimbangkan cadangan agar sesi persekolahan di Semenanjung dianjakkan kepada jam 8 pagi, iaitu lewat 30 minit berbanding jadual sedia ada.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Jasni Md Kechik berkata, pihaknya bersetuju dengan cadangan tersebut, bagaimanapun kementerian perlu melihat garis panduan tatacara pelaksanaannya.