Sudan dilimpahi gam Arab
Iklan
Seorang lelaki Sudan menunjukkan gam Arab di hutan penyelidikan Demokaya.
DEMOKAYA - Negara majoriti Islam Sudan yang terletak di timur benua Afrika antara kawasan yang paling terjejas teruk akibat perubahan iklim, namun pada masa sama ia muncul sebagai pengeluar terbesar bahan mentah gam Arab (Arabic gum) di dunia.
Menurut AFD, agensi pembangunan Perancis, eksport Sudan menyumbang 70 peratus daripada bekalan resin gam Arab global.