'Sedap tetapi banyak MSG'
Iklan
Masakan Thailand dibimbangi mengandungi bahan perasa yang tinggi.
SHAH ALAM - Kebanyakan makanan yang dihidangkan di Thailand tinggi dengan kandungan garam dan perasa tambahan, monosodium glutamate (MSG) yang boleh memudaratkan kesihatan.
Pakar Dietetik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof berkata, tidak dinafikan masakan Thailand banyak menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti daun kesum, serai dan pelbagai jenis herba.