Prinsip ABCD dalam membangunkan Pontian
Iklan
Ahmad (tujuh dari kiri) bersama penduduk Kampung Parit Wagiman Benut sewaktu mengadakan lawatan ke tapak pembinaan masjid baharu kampung, baru-baru ini.
PEMBANGUNAN infrastruktur di kawasan luar bandar sentiasa menjadi tumpuan dalam memastikan kelompok ini tidak ketinggalan dalam pembangunan negara.
Bagi Ahli Parlimen Pontian, DATUK SERI AHMAD MASLAN, isu berkenaan kemudahan awam seperti hospital, sekolah dan institut kemahiran belia sentiasa menjadi agenda yang diperjuangkan.