'Pemimpin dipecat boleh tentukan kesahihan tindakan di mahkamah'
Iklan
Pemimpin-pemimpin UMNO yang dipecat dan digantung keahlian oleh parti itu dijangka hanya akur dengan keputusan tersebut buat sementara waktu. - Foto fail/Twitter/@Khairykj (Gambar dalam : Mohd Izani dan Abdul Muqit)
SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin UMNO yang dipecat dan digantung keahlian oleh parti itu dijangka hanya akur dengan keputusan tersebut buat sementara waktu.
Penganalisis Politik Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Dr Abdul Muqit Muhammad berkata, apa yang boleh dilakukan ketika ini ialah pemimpin yang dipecat dan digantung membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk menentukan sama ada tindakan itu sah atau sebaliknya.