Chris Hipkins lemah lembut tapi tegas
Iklan
Hipkins pernah mengeluarkan nasihat 'double meaning' iaitu 'Spread your legs, not the virus' kepada penduduk New Zealand semasa arahan perintah berkurung Covid-19 pada Ogos 2021 yang kemudiannya dijadikan bahan jenaka.
WELLINGTON - Minggu lalu New Zealand secara rasmi melantik Chris Hipkins sebagai Perdana Menteri ke-41 susulan peletakan jawatan mengejut Jacinda Ardern.
Hipkins, 44, yang turut dikenali dengan nama timangan Chippy dalam kalangan rakyat negara Kiwi telah membina reputasi kerana kecekapannya dalam menangani Covid-19 dan merupakan penyelesai masalah bagi Ardern ketika menteri kabinet lain sedang bergelut.