Makanan di Thailand lebih sedap
Iklan
Hidangan tomyam campur berharga RM10, sayur kailan ikan masin (RM8), ayam goreng kunyit (RM8) dan telur dadar (RM2) yang boleh dinikmati di pekan Golok.
HARGA makanan di Thailand didapati lebih tinggi sedikit berbanding di Malaysia iaitu antara RM1 hingga RM2 sahaja.
Bagaimanapun, ia tidak menghalang rakyat Malaysia untuk menikmati makanan di negara tersebut kerana didapati bukan sahaja sedap, malah saiz hidangannya juga lebih besar.