Mesej tidak baik kepada rakyat, ahli
Iklan
Penganalisis berpendapat tindakan terbaru UMNO itu juga bakal menyukarkan lagi parti itu memulihkan imejnya di kaca mata rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan pengundi muda. - Gambar kecil: Jeniri (kiri), Hisommudin
SHAH ALAM - Tindakan UMNO memecat dan menggantung keahlian beberapa pemimpin serta ahlinya termasuk yang memiliki nama besar seolah-olah memberi gambaran bahawa parti itu tidak mahu berubah, kata Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir.
Beliau berkata, perkembangan itu memberikan mesej tidak baik kepada rakyat khususnya ketika UMNO kini dilihat sedang mengalami kesukaran untuk mendapatkan sokongan rakyat khususnya orang Melayu, berdasarkan keputusan pilihan raya umum (PRU) baru-baru ini.