Solusi peremajaan atau proses harakiri?
Iklan
Tindakan pemecatan Khairy (kiri) dan penggantungan keahlian Hishammuddin selama enam tahun dibimbangi akan menyebabkan UMNO dilihat semakin eksklusif di mata rakyat. (Gambar kecil: Hasan (kiri), Anis Anwar)
JIKA disingkap sejarah kepimpinan UMNO sejak ditubuhkan pada tahun 1946, parti itu sebenarnya tidak pernah sunyi daripada krisis dan masalah dalaman.
Amalan demokrasi parti tertua Melayu itu sebenarnya agak terbuka walaupun sering dianggap sebagai tertutup oleh sebilangan pemerhati politik tempatan terutama pada zaman kepimpinan bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad.