Noh akui antara 4 MKT tidak bangun sokong usul PAU
Iklan
Noh (kiri) dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menghadiri Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini.
SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar mengakui beliau merupakan salah seorang daripada empat ahli MKT parti itu yang tidak bangun menyokong usul dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, dua minggu lalu.
Menegaskan keputusan itu dibuat bukan atas desakan sesiapa, bekas Pengerusi UMNO Selangor itu menjelaskan tindakan sedemikian dibuat atas dasar mempertahankan prinsip mendahulukan kepentingan parti, agama dan bangsa serta tidak takut bersuara demi kebenaran.