Tekad atasi isu lama belenggu Hulu Selangor
Iklan
Sebagai wakil rakyat, Hasnizan perlu menggunakan pelbagai saluran termasuk media sosial bagi memastikan masalah rakyat di kawasannya itu dapat diselesaikan.
MASALAH infrastruktur di Parlimen Hulu Selangor sering kali diperdebatkan kerana sehingga kini, belum berjaya diselesaikan sepenuhnya.
Ia ditambah dengan isu peningkatan kos sara hidup yang cukup membebankan bagi sebilangan penduduk dalam menjalani kehidupan seharian dan yang mencari rezeki dengan berniaga.