Buka pintu kereta untuk isteri
Iklan
Bijak memikat hati isteri, Siti Maimoona (kanan) termasuk membuka pintu kereta merupakan amalan Kasiran untuk kekal bahagia sepanjang 53 tahun berumah tangga.
SHAH ALAM - Bijak memikat hati isteri menjadi kunci keharmonian berumah tangga dan kekal bahagia bagi pasangan warga emas, Kasiran Akhsan, 78, Siti Maimoona Ahmad, 68.
Walaupun masyarakat kita pada hari ini sering disogokkan dengan berita mengenai pasangan suami isteri yang baharu beberapa tahun berumah tangga, namun tidak kekal apabila ikatan terlerai di pertengahan jalan.