Hormat pada Perdana Menteri
Iklan
Anwar berswafoto bersama pelajar Universiti Malaysia Terengganu selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan di UMT pada Khamis.
AWANG terkejut juga apabila mendengar khabar Menteri Besar Terengganu tidak sambut PM datang ke negerinya. Bukan itu sahaja, Exco kerajaan negeri pun khabarnya tak hadir.
Pelik bin ajaib. Seingat Awang, Tuk Seri Anwar Ibrahim itu PM buat Malaysia, maksudnya termasuk Terengganu.