ChatGPT, revolusi generatif dunia AI
Iklan
ChatGPT dikhuatiri melahirkan generasi yang lebih pemalas untuk menyiapkan tugasan diberikan oleh guru.
SACRAMENTO - Sejak dilancarkan pada November 2022, ChatGPT telah menjadi hit yang luar biasa dan sensasi internet.
Chatbot yang diperkaya di bawah program kecerdasan buatan (AI) itu berupaya menjawab soalan mudah hingga yang paling sukar, merangka esei, cerita fiksyen dan haiku, malah boleh menghasilkan surat permohonan kerja.