Harry mahu buang yang keruh, ambil yang jernih?
Iklan
Memoir kontroversi Spare telah membuka aib kerabat diraja Britain kepada umum.
LONDON - Langkah ‘berdamai’ antara Putera Harry dan keluarga diraja Britain mungkin berlaku sebelum hari pertabalan Raja Charles III pada Mei depan, menurut laporan pada akhir minggu lalu.
The Sunday Times memetik sumber rapat istana juga melaporkan pertemuan itu dijangka berlangsung dalam tempoh beberapa bulan akan datang sebelum tarikh penting buat seluruh rakyat Britain pada 6 Mei depan.