Keputusan PAU ikut Perlembagaan UMNO atau tidak?
Iklan
Ahmad Zahid (kiri) dan Mohamad (kanan) kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO setelah perwakilan meluluskan usul kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu akan datang.
KEPUTUSAN Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Sabtu meluluskan usul tambahan supaya dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang menimbulkan 1,001 persoalan dan spekulasi.
Ini kerana ramai ahli dan pemimpin UMNO sendiri masih keliru sama ada usul berkenaan sah mengikut perlembagaan parti atau tidak.