Hakim Frank Caprio, lucu tapi tegas
Iklan
Frank Caprio dianggap hakim paling bermurah hati dan dikagumi kerana terlalu berhati-hati ketika menjatuhkan hukuman.
PROVIDENCE - Seorang hakim di Rhode Island, Amerika Syarikat (AS) mendapat perhatian dunia kerana cara pengendalian serta keputusannya di mahkamah.
Biar pun bertugas di AS, Hakim Frank Caprio sangat dikagumi di negara Arab sehingga ada yang menggelarnya sebagai 'The merciful judge' kerana beliau sangat berhati-hati sebelum menjatuhkan hukuman.