Memahami implikasi kenaikan OPR
Iklan
Wawancara Eksklusif bersama penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid di Studio Sinar Harian, Shah Alam. Foto SINAR HARIAN / RAFEQ REDZUAN
Peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) memberi kesan kepada rakyat apabila pinjaman yang membabitkan pembiayaan kadar apungan seperti pinjaman rumah perlu membayar kadar faedah lebih tinggi.
Di sebalik kenaikan OPR itu, rakyat perlu tahu bahawa ia bertujuan untuk memastikan kestabilan harga dan kemapanan pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang.