RM100 tidak dapat penuh troli
Iklan
Wartawan Sinar Harian menunjukkan troli barangan yang dibelinya dengan nilai wang hampir RM100.
SHAH ALAM - Bukan sahaja rakyat dalam kalangan B40, malahan golongan yang berkemampuan turut mengeluh dengan kenaikan harga barangan saban tahun.
Peningkatan harga termasuk makanan asas telah menyebabkan ramai rakyat terkesan sehingga terpaksa berjimat cermat dan mengehadkan pembelian dengan mengutamakan barangan penting sahaja.