Tak mampu bayar ansuran
Iklan
Ramai pelabur yang melakukan pinjaman untuk melabur dalam saham amanah kini ‘sengsara’ apabila perolehan dividen tahunan rendah. - Foto 123RF
SHAH ALAM - Ramai pelabur yang melakukan pinjaman untuk melabur dalam saham amanah kini ‘sengsara’ apabila perolehan dividen tahunan yang rendah menyebabkan mereka berdepan kesukaran untuk membayar ansuran bulanan.
Jumlah perolehan dividen tahunan yang rendah menyebabkan peminjam terpaksa menggunakan wang sendiri yang lebih banyak untuk membayar ansuran bulanan berbanding sebelum ini.