Segerakan enakmen antilompat parti
Iklan
Pelaksanaan enakmen anti lompat parti di peringkat negeri perlu disegerakan bagi mengelakkan politik perebutan kuasa di Sabah berpanjangan hingga ke PRN enam negeri tahun ini.
Penganalisis berpendapat kesan krisis politik Sabah sangat tidak sihat, mengganggu kemakmuran rakyat
SHAH ALAM - Krisis pergolakan politik di Sabah seharusnya menjadi pengajaran kepada semua kerajaan negeri agar menyegerakan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing bagi membolehkan enakmen antilompat parti dilaksanakan.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, penguatkuasaan pindaan enakmen berkenaan di peringkat negeri dilihat semakin mendesak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada tahun ini membabitkan Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.