Charles Santiago salahkan UMNO punca krisis politik negara
Iklan
Penganalisis politik berpendapat Ahmad Zahid hanya akan turun jawatan sekiranya tidak mendapat sokongan dua per tiga perwakilan dalam UMNO.
SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyalahkan UMNO sebagai punca ketidakstabilan politik negara daripada desakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehinggalah yang terbaru cubaan penggulingan kerajaan Sabah.
Pimpinan DAP itu mendakwa, tindak-tanduk UMNO masih mahu kekal menjadi 'raja' pentadbiran Malaysia.