'Apabila berlaku kemalangan, barulah sedar pentingnya lesen'
Iklan
Gambar hiasan. (Gambar kecil dari kiri: Mohd Nazri, Mohd Shaid, dan Samsuddin)
SHAH ALAM - Tidak memikirkan soal keselamatan sebelum membeli motor berkuasa tinggi antara punca kebanyakan penunggang tidak mempunyai lesen B penuh.
Presiden Kelab Puchong Bikers, Mohd Shaid Tasiran berkata, ia disebabkan untuk mendapatkan lesen B penuh, perlu mengambil masa mengikuti kelas dan menjalani ujian.